Translate

Khamis, 15 Oktober 2026

LAJU

Laju. Ya, 2015 berlalu laju. Sehingga pertengahan Jun saya bertungkus lumus memberikan yang terbaik memenuhi syarat lulus kursus profesional yang dihadiri. Alhamdulillah, walau pun rasa terkilan tidak mencapai 4 'terlentang', saya puas hati kerana penilaian kursus sangat transparen. Keputusan menggambarkan kemahiran dalam bidang yang diuji.

Almost 11 years gone since this posting. Laju it was 🤩🤩

DISNEYLAND DISNEYLAND DISNEYLAD

Penerbangan dari San Francisco ke Los Angeles adalah sangat memuaskan. Kami menaiki Virgin America, airline terbaru di US, dengan kapal terbang cantik dan selesa.

Satu setengah jam penerbangan kami berehat sepenuhnya. Tambahan tiada kemudahan pilihan makanan halal dalam penerbangan domestik Amerika. Anak memberitahu airport Los Angeles tiada kemudahan airtrain. Untuk mengambil kereta sewa kami terpaksa menunggu bas Avis Rent A Car yang membawa kami ke tempat parking dan berkemungkinan akan memakan masa lebih lama.
 

Posting ini dah terlalu lama terbengkalai dan dah hilang semua gambar-gambar berkaitan. Kenangan pun tinggal sipi-sipi. Yg masih ada dalam ingatan ialah hotel kami sangat berdekatan dengan Disneyland dan ada perkhidmatan shuttle yang sangat efisen. 

Kalau jumpa gambar-gambar lama akan diupdate posting ini.

Isnin, 2 Disember 2019

LOOKING FOR TENANTS, LADIES ONLY

FRONT VIEW OF HOUSE

3 BEDROOMS FOR RENT
·       MASTER BEDROOM, RM450 p/m
o   attached bathroom wt matching bathroom set
o   water heater
o   king bed wt mattress, linen, side table set and lamps
o   built in dressing table
o   built in tv counter
o   2 set built in double-door wardrobe
o   ceiling fan
o   1.5 hp air-conditioner unit
o   1 unit wall light, 1 unit ceiling decorative light
o   semi circle veranda
·       2 UNITS QUEEN BED ROOM, RM350 p/m each
o   shared bathroom wt water heater
o   queen bed wt mattress, linen, one side table
o   built in triple-door wardrobe
o   ceiling fan
o   1.0 hp air-conditioner unit
o   1 unit wall light
SHARED FACILITIES
·       FAMILY AREA UPPER FLOOR
o   ample rest area
o   dressing table
o   ironing board
o   dry iron
o   ceiling fan
o   1 unit wall light, 1 unit decorative ceiling light
·       LOUNGE
o   fabric sofa set
o   built in tv counter
o   built in glass door display unit
o   built in book rack
o   ceiling fan
o   1 unit decorative ceiling light, 1 unit florescent ceiling light
·       DINNING AREA
o   6 seater glass top dinner set
o   ceiling fan wt light
o   built in glass door display unit
·       KITCHEN
o   complete set kitchen cabinet
o   2 stove burner
o   kitchen hood
o   double sink
o   brand new 2-door refrigerator
·       WET KITCHEN
o   single sink wt water tap
o   tiled counter top
o   solid wrought iron grill
·       DRYING AREA
o   ready water tap for washing machine
o   roofed
o   fenced and partly covered side
·       PORCH
o   heavy duty tiles
o   wide gate
o   accommodate 2 cars; 1 covered
o   5 feet wall both sides
o   water tap
·       STORE ROOM (UNDER THE STAIRCASE)
o   roomy area to keep usable rubbish
·       UTILITY ROOM (GROUND FLOOR)
o   to store owner’s personal belongings
o   will be kept locked by owner
·       BATHROOM (GROUND FLOOR)
o   to be used by owner whenever she visits
o   can be accessed by tenants for emergencies
o   to be kept clean
OTHER INFORMATION
·       FLOOR TYPE
o   staircase, upper floor rest area and bedrooms – parquetted
o   all 3 bathroom – tiled
o   ground floor, porch and wet kitchen – tiled
o   drying area – cemented
o   no grass area
·       DOOR
o   entrance door and kitchen back door – hard wood
o   bedroom door – plywood
o   bathroom door upper floor – bifold eco panel
o   bathroom door ground floor – plywood
o   2 panel sliding door (master bedroom and lounge) – glass panel covered wt decorative coloured film
·       WINDOW
o   glass panel covered wt decorative coloured film
o   curtain not necessary
·       GRILL
o   brown aluminium grill for all door and window
o   easy maintenance
·       ABOUT OWNER
o   retired teacher living in Pahang
o   lived in the house for 8 years and loved it, still unable to let go
o   might consider selling for good offer and right buyer
·       THE HOUSE
o   the second unit in 8-unit double storey terrace house block
o   new house occupied 1994 – 2001
o   occupant-less since owner moved out in 2002 but kept clean and well looked after wt help from neighbour
o   small renovation and repair done in 2012
o   new front and interior paint
o   anti termite warranty until 2021
o   quiet neighbourhood
o   200m to 7e
o   nearby airport, schools, KFC, other amenities
o   address – No 4, Lorong 1, Jalan Sutera 1/1, Taman Sutera Seksyen 1, 75350 Batu Berendam, Melaka

Ahad, 1 Mac 2015

OLD HABITS DIE HARD

Sedar tak sedar, lebih setahun saya tidak menulis di blog ini. Old habits die hard, eh.. Hari ini pun saya menulis kerana ada peristiwa yang berlaku which tickled my funny bones... langsung tergeraklah jemariku mencari blog ini untuk melegakan minda...

Tahun 2014 merupakan tahun yang laju. Laju dalam berbagai makna. Saya jatuh berdebuk dan bercuti sakit selama lebih 2 bulan. Begitu pun saya gagah menapak bercuti ke Singapura sebaik boleh mengatur langkah semula. Saya juga nekad menolak tawaran kursus profesional kerana yakin akan ke Mekah mengerjakan haji. Alhamdulillah, saya selamat pergi menjalani rukun islam kelima dan selamat balik ke tanah air pada 16 Oktober 2014.

Pengalaman di Madinah dan Mekah sama seperti yang saya jangkakan melalui pembacaan dan kursus-kursus haji yang dihadiri. Apa yang saya silap jangka ialah suhu panas yang membatas banyak aktiviti. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu banyak menghabiskan masa di bilik hotel, tetapi budaya Arab yang dimonopoli kaum lelaki menyebabkan saya kekok bergerak sendirian. Rakan sejemaah pula, tipikal wanita Melayu, tidak selesa beraktiviti di waktu malam. Dipendekkan cerita, sebelum menghabiskan 8 hari di Madinah dan 34 hari di Mekah termasuk Arafah dan Mina, saya menanam azam untuk berkunjung semula ke bumi Arab dalam masa terdekat.

Pada penghujung bulan November saya mengambil keputusan nekad menziarahi benua Eropah. Peluang tinggal di rumah sewa pelajar university di timur London memberi pengalaman baru. Melancong bersama rakan yang beberapa tahun menetap di Eropah memberi banyak kelebihan. Kami sempat berkeretapi ke Edinburgh dan Nottingham, menaiki pesawat ke Paris dan beberapa kali berulang-alik ke kota London. Malangnya sehingga meninggalkan Heathrow, salji masih belum turun...

"Mama ada ambil gambar dekat Eiffel Tower?"
Anak pun heran kenapa saya tidak langsung menayang gambar-gambar di Eropah.

In shaa Allah saya akan menulis tentang pengalaman di bumi Arab dan Eropah pada entri akan datang. Pada masa sekarang saya sedang sibuk menyiapkan tugasan kursus profesional yang akhirnya saya terima pada awal tahun ini. Nampaknya tahun 2015 juga akan menjadi tahun yang laju... oh dear, betapa signifikannya kuasa Mu ya Rabb..


Khamis, 27 Februari 2014

BERSARA

Beberapa hari lepas salah seorang blogger yang saya ikuti hasil penulisannya, menulis bahawa beliau akan bersara tak lama lagi. Bersara pilihan dari makan gaji. Pengakuan diberi bersertakan bukti.

Beberapa bulan kebelakangan ini saya pun banyak berfikir kemungkinan bersara awal. Perbualan dengan kawan-kawan seusia menjurus kepada topik yang sama. Perbahasan bertambah hangat bila sektor kerajaan meningkatkan umur bersara wajib kepada 60.

InsyaAllah saya bertekat kekal sihat sehingga umur 60. Tetapi adilkah saya menghabiskan masa sehat mengutamakan tanggung jawab tugas kerja dan mengenepikan perkara-perkara lain dalam hidup?

Untuk sementara ini saya tidak akan menyambung catatan perjalanan ke Amerika. Walau masih ada catatan yang perlu saya buat di sini seperti High Line Railway di New York City dan Disneyland di Los Angeles, saya berhajat menumpu kepada penulisan lebih serius di blog lain.

Berbalik kepada topik bersara, perkara pertama saya akan buat apabila bersara ialah berkebun di belakang rumah :)

Angan-angan pekebun jenin :) Gambar ini saya ambil dari group di FB.

Selasa, 25 Februari 2014

SONOMA COUNTRY

Untuk ke Sonoma, kami merentasi sekali lagi Golden Gate Bridge.

Pemandangan dihujung jambatan
Melalui lebuhraya tanpa perlu memasuki bandar mencepatkan perjalanan.

Penjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam terasa berbaloi melihat pemandangan yang tiada di tempat sendiri. Sebelum ini saya melihat pokok anggur hidup melilit liar, di rumah dan juga di Turki; di sini ladang anggur yang luas dengan pokok yang di atur secara berbaris bersambung-sambung dan dikawal tumbesarannya.

Mulanya saya tidak kenal ini adalah ladang anggur!
Zoom pokok anggur

Zoom anggur yang sedang mengeluarkan bunga!
 Sepatutnya saya seorang peladang. Bukan dotdotdot...

Selain anggur, terdapat juga ladang zaitun
Tidak sebanyak dan seluas ladang anggur
Pusat komuniti berdekatan
Perjalanan balik ke airport melalui Oakland Bay Bridge sebuah jambatan double-decker.


Sewaktu kami sampai di airport San Francisco, masa hanya cukup-cukup untuk memulangkan kereta dan check in menaiki penerbangan seterusnya ke Los Angeles.

Ahad, 23 Februari 2014

SAN FRANCISCO

Tarikan utama di San Francisco ialah pemandangan di Golden Gate Bridge dan menaiki cable car ke Fisherman's Wharf. Lawatan ke Alcatraz Island dibatalkan atas faktor masa.

Golden Gate Bridge dari sudut berbeza. Sayangnya kabus menyelubungi separuh jambatan.
Pemandangan menarik di Travis Marina.
Bila anak menulis cable car, saya mengambarkan gondola kecil yang bergerak menggunakan sistem kabel seperti di Genting Highlands, Pulau Sentosa atau Pulau Langkawi. Tidak terfikir kereta kabel di atas jalan raya di tengah kota.

San Fran cable car berbeza bentuk dan warna mengikut kompeni pengurusan

Landasan kereta kabel tidak mengganggu pergerakan kenderaan lain.
Berjalan-jalan di Golden Gate Park juga menyukakan hati saya. Pemandangan hijau, pokok-pokok yang ganjil serta aktiviti sihat masyarakat di sana menjadi tumpuan.

Masyarakat yang menghargai keindahan alam dan berusaha mengekalkannya.
Pameran lukisan terbuka dan pokok-pokok yang mengujakan.
Motorised walker.. teman bercuti yang boleh diintai :) Di belakang ialah pejabat pengurusan yang mengagumkan.
Atas sebab tidak kami ketahui, Avis Car Rental secara percuma menaikkan gred kereta sewaan. Yahoo, anak menjerit kegirangan!

Mercedes SUV dilengkapi kemudahan terkini
Kami mengambil peluang berkereta ke Sonoma Country; lebih kurang 80 km dari bandaraya San Fran bagi mengoptima pengunaan Mr Merc :)