Tarikan utama di San Francisco ialah pemandangan di Golden Gate Bridge dan menaiki cable car ke Fisherman's Wharf. Lawatan ke Alcatraz Island dibatalkan atas faktor masa.
 |
| Golden Gate Bridge dari sudut berbeza. Sayangnya kabus menyelubungi separuh jambatan. |
 |
| Pemandangan menarik di Travis Marina. |
Bila anak menulis cable car, saya mengambarkan gondola kecil yang bergerak menggunakan sistem kabel seperti di Genting Highlands, Pulau Sentosa atau Pulau Langkawi. Tidak terfikir kereta kabel di atas jalan raya di tengah kota.
 |
| San Fran cable car berbeza bentuk dan warna mengikut kompeni pengurusan |
 |
| Landasan kereta kabel tidak mengganggu pergerakan kenderaan lain. |
Berjalan-jalan di Golden Gate Park juga menyukakan hati saya. Pemandangan hijau, pokok-pokok yang ganjil serta aktiviti sihat masyarakat di sana menjadi tumpuan.
 |
| Masyarakat yang menghargai keindahan alam dan berusaha mengekalkannya. |
 |
| Pameran lukisan terbuka dan pokok-pokok yang mengujakan. |
 |
| Motorised walker.. teman bercuti yang boleh diintai :) Di belakang ialah pejabat pengurusan yang mengagumkan. |
Atas sebab tidak kami ketahui, Avis Car Rental secara percuma menaikkan gred kereta sewaan. Yahoo, anak menjerit kegirangan!
 |
| Mercedes SUV dilengkapi kemudahan terkini |
Kami mengambil peluang berkereta ke Sonoma Country; lebih kurang 80 km dari bandaraya San Fran bagi mengoptima pengunaan Mr Merc :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan