Translate

Khamis, 27 Februari 2014

BERSARA

Beberapa hari lepas salah seorang blogger yang saya ikuti hasil penulisannya, menulis bahawa beliau akan bersara tak lama lagi. Bersara pilihan dari makan gaji. Pengakuan diberi bersertakan bukti.

Beberapa bulan kebelakangan ini saya pun banyak berfikir kemungkinan bersara awal. Perbualan dengan kawan-kawan seusia menjurus kepada topik yang sama. Perbahasan bertambah hangat bila sektor kerajaan meningkatkan umur bersara wajib kepada 60.

InsyaAllah saya bertekat kekal sihat sehingga umur 60. Tetapi adilkah saya menghabiskan masa sehat mengutamakan tanggung jawab tugas kerja dan mengenepikan perkara-perkara lain dalam hidup?

Untuk sementara ini saya tidak akan menyambung catatan perjalanan ke Amerika. Walau masih ada catatan yang perlu saya buat di sini seperti High Line Railway di New York City dan Disneyland di Los Angeles, saya berhajat menumpu kepada penulisan lebih serius di blog lain.

Berbalik kepada topik bersara, perkara pertama saya akan buat apabila bersara ialah berkebun di belakang rumah :)

Angan-angan pekebun jenin :) Gambar ini saya ambil dari group di FB.

Tiada ulasan: