Translate

Ahad, 1 Mac 2015

OLD HABITS DIE HARD

Sedar tak sedar, lebih setahun saya tidak menulis di blog ini. Old habits die hard, eh.. Hari ini pun saya menulis kerana ada peristiwa yang berlaku which tickled my funny bones... langsung tergeraklah jemariku mencari blog ini untuk melegakan minda...

Tahun 2014 merupakan tahun yang laju. Laju dalam berbagai makna. Saya jatuh berdebuk dan bercuti sakit selama lebih 2 bulan. Begitu pun saya gagah menapak bercuti ke Singapura sebaik boleh mengatur langkah semula. Saya juga nekad menolak tawaran kursus profesional kerana yakin akan ke Mekah mengerjakan haji. Alhamdulillah, saya selamat pergi menjalani rukun islam kelima dan selamat balik ke tanah air pada 16 Oktober 2014.

Pengalaman di Madinah dan Mekah sama seperti yang saya jangkakan melalui pembacaan dan kursus-kursus haji yang dihadiri. Apa yang saya silap jangka ialah suhu panas yang membatas banyak aktiviti. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu banyak menghabiskan masa di bilik hotel, tetapi budaya Arab yang dimonopoli kaum lelaki menyebabkan saya kekok bergerak sendirian. Rakan sejemaah pula, tipikal wanita Melayu, tidak selesa beraktiviti di waktu malam. Dipendekkan cerita, sebelum menghabiskan 8 hari di Madinah dan 34 hari di Mekah termasuk Arafah dan Mina, saya menanam azam untuk berkunjung semula ke bumi Arab dalam masa terdekat.

Pada penghujung bulan November saya mengambil keputusan nekad menziarahi benua Eropah. Peluang tinggal di rumah sewa pelajar university di timur London memberi pengalaman baru. Melancong bersama rakan yang beberapa tahun menetap di Eropah memberi banyak kelebihan. Kami sempat berkeretapi ke Edinburgh dan Nottingham, menaiki pesawat ke Paris dan beberapa kali berulang-alik ke kota London. Malangnya sehingga meninggalkan Heathrow, salji masih belum turun...

"Mama ada ambil gambar dekat Eiffel Tower?"
Anak pun heran kenapa saya tidak langsung menayang gambar-gambar di Eropah.

In shaa Allah saya akan menulis tentang pengalaman di bumi Arab dan Eropah pada entri akan datang. Pada masa sekarang saya sedang sibuk menyiapkan tugasan kursus profesional yang akhirnya saya terima pada awal tahun ini. Nampaknya tahun 2015 juga akan menjadi tahun yang laju... oh dear, betapa signifikannya kuasa Mu ya Rabb..


Tiada ulasan: