Translate

Ahad, 16 Februari 2014

TAJUK BLOG YANG POYO

Assalamualaikum wbt.

Menurut Pak Wiki, poyo terhasil daripada perkataan Bahasa Inggeris Proud of Your Own... Huh, saya tak tau pun. Yang saya tahu poyo itu slanga anak muda Melayu tentang sesuatu yang sangat tidak menarik. Jauh betul beza maknanya.

Apa-apalah.

Saya memilih tajuk yang sangat poyo - JEJAK dan HIJRAH - untuk blog terbaru ini. Tiga blog lama telah saya hapuskan. Satu lagi saya label private. Tiada isi-isi penting pun. Tiada intellectual properties yang terhakis dari alam maya dengan penghapusan tersebut.

JEJAK dan HIJRAH akan memaparkan liku-liku kehidupan saya dan orang-orang yang hampir dengan saya; semasa, masa lampau dan akan datang. Buat masa sekarang saya berhasrat merahsiakan identiti. Tetapi sebagai blogger saya tahu amat payah untuk mengekalkan anonimiti. Ahaaa..

Sebenarnya saya ada temu janji yang sangat penting besok. Kewujudan blog ini adalah untuk meredakan debar kemungkinan besok. Dan hasil masa terluang sejak enam minggu lepas.

Gambar untuk post pertama ini ialah pemandangan pantai di Terengganu..

Tiada ulasan: