Translate

Selasa, 18 Februari 2014

SIAPA BACA BLOG SAYA?

Assalamuakaikum wbt.

Hampir separuh masa online saya membaca blog-blog peribadi tanpa meninggalkan catatan. Ada beberapa blog merupakan bacaan harian. Saya membaca semua genre. Tema kekeluargaan dan kesihatan merupakan bacaan utama. Baru-baru ni saya banyak membaca blog travel.

Oleh itu saya tidak boleh komplen bila onliners melawat blog saya dan tidak meninggalkan catatan. Tapi siapakah agaknya mereka ya? Soalan yang sama mereka tanya bila melihat view count entry mereka..

Oh ya. Temu janji lepas memberi tambahan dua minggu cuti sakit. Saya masih home bound dan harap-harap boleh mengasah kemahiran mengarang yang hampir hilang.

Gambar kali ini ialah pemandangan di Joshua Tree National Park, CA USA. Saya harap dapat menulis satu entri tentang lawatan ke sana.
Semasa mencari gambar saya teragak-agak memilih antara gambar pokok joshua atau batu batan, dua entiti paling menarik di sana. Saya pilih gambar yang ada kedua-duanya.

Tiada ulasan: