Destinasi ini tiada dalam iteneri asal. Dua hari bermain di Disneyland ditambah cuaca panas melebihi suhu di Malaysia, mama sudah tensi lalu anak mencadangkan lawatan ke taman gurun ini anggaran 2 jam perjalanan dari hotel di Anaheim.
Walau pun panas, pemandangan menyusuri lebuhraya gurun sangat menakjubkan.
 |
| Lebuhraya yang selesa. Bukit kontan dipayungi langit biru dan kincir angin bagi menjana tenaga. |
 |
| Teknologi yang belum ada di Malaysia |
Terdapat penempatan di kiri kanan lebuhraya. Papan tanda Whitefeather dan Painted Hills mengingatkan saya cerita apache zaman kanak-kanak.
Sesuatu kelainan di sini ialah penggunaan human mascot untuk mempromosi perkhidmatan yang ada. Hotel, restoren, carwash, etc... Bayangkan mereka berdiri sambil memegang plycard saiz besar di tengah panas melambai-lambai kenderaan yang lalu-lalang. Sayangnya saya tidak sempat merakam aksi mereka. Mahukah orang Malaysia membuat promosi sebegitu?
 |
| Vending machine ini ditempatkan bersebelahan 7-11 |
Joshua Tree National Park mengambil sempena nama pokok joshua, sejenis kaktus 5-20 meter tinggi yang tumbuh di gurun ini. Pokok ini ditanam juga sebagai tanaman hiasan di kawasan penempatan berdekatan.
Luas JTNP hampir 800 ribu ekar. Lebih separuh kawasan ini belum dibangunkan. Dari bangunan info centre, perjalanan berkereta mengambil masa sejam untuk sampai ke simpang di pertengahan taman. Di sini kita boleh memilih untuk berpatah balik atau meneruskan sejam lagi perjalanan. Awas, ini tidak termasuk masa berhenti mengambil gambar atau melawat stesen-stesen yang disediakan di sepanjang jalan.
 |
| Simpang ke bangunan info centre |
 |
| Pemandangan dipenuhi pokok joshua |
 |
| dan tumbuhan gurun lain |
|
 |
| atau longgokan batu-batan yang mereka pelbagai mitos |
|
|
Stesen yang selesa disediakan untuk pengunjung berhenti rehat dan menikmati keindahan alam sambil mengambil gambar. Sesetengah stesen menyediakan laluan trek untuk pengunjung terus menjelajah ke pendalaman taman. Kami menyusuri trek Hidden Valley yang kononnya terdapat kawasan piknik dikelilingi batu-batan, lebih kurang 1 batu perjalanan, dulunya tempat persembunyian pencuri lembu. Malangnya kami cuma menemui lembah cetek yang kering.
Ini adalah stesen terakhir kami sebelum keluar.
 |
| Saya dan anak serta berpuluh lagi pengujung pada hari itu bergilir-gilir berdiri di depan papan tanda ini :) |
|
Kami juga cuba menajamkan pandangan dan mencari sesuatu yang istimewa di kejauhan pandangan. Yang nampak hanyalah kaki langit yang berbalam indah, tegas menyimpan rahsia alam.
Sewaktu melepasi post pengawal, dua ranger muda melepaskan kami keluar tanpa meminta sebarang bayaran. Destinasi seterusnya kami ialah Disneyland sesi ketiga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan